26 December 2011

Selamat Tahun Baru

Tahun 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Semoga segala perkara yang negatif berkenaan SK Sendayan juga akan melabuhkan tirainya.. Marilah kita sambut Tahun Baru 2012 dengan penuh semangat baru dan azam baru demi kemajuan sekolah ini amnya dan peningkatan prestasi murid khasnya..

19 November 2011

Gambar Sukan 2011

Aktiviti sukan talah dijalankan di sekolah ini pada Mac 2011. Ia telah dirancang lebih awal iaitu sejak bulan Januari lagi. Berikut beberapa keping gambar semasa hari sukan tersebut..

Guru Besar (En, Baharin Bin Hj. Mohd Sari) sedang memberi ucapan pembukaan.

 Susunan untuk upacara pembukaan.

Semua berdiri .... Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Ikrar Sukan oleh ketua kontinjen..

Perbarisan Hormat oleh pasukan beruniform Tunas Kadet Remaja .
 Pasukan Pandu Puteri Tunas.
Pasukan Pengakap

 Pasukan Tunas Kadet Remaja  (Lelaki).

 Pasukan Rumah Putra

 Pasukan Rumah Satria

 Pasukan Rumah Waja

 Acara Untuk Kaum ibu... rebut kerusi atau kerusi beracun.
.
 Kaum bapa pulak mengambil bahagian dalam aktiviti susun batu-bata dan berjalan                             di atasnya sampai tamat...

 Upacara penyampaian hadiah  untuk atlet-atlet cilik..

 Sukaneka... melastik tin.

 Acara isi air dalam botol bagi murid pra-sekolah..
 LAGU SEKOLAH

SKS YANG GEMILANG
BERTUAH DAN TERBILANG
LAHIRKAN INSAN SEIMBANG
BERJAYA DAN CEMERLANG

AYUH TUJU CITA
AZAM SEMAT DI JIWA
HASRAT MENJADI NYATA
MOGA TAK KECEWA

DISIPLIN BERDIKARI
MENCAPAI NIAT MURNI
KOTA APA DIKATA
ITULAH IKRAR KITA

BERTEKUN BERUSAHA
JADI WATAN BERJASA
PADA NUSA DAN BANGSA
DOAKAN AGAR JAYA

SENDAYAN!

17 November 2011


VISI


SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN MENJADI SEKOLAH HARAPAN DALAM DAERAH DUN RANTAU MENJELANG 2012


MISI 


KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN AKAM MEMASTIKAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM CEMERLANG, SAHSIAH DAN DISIPLIN TERPUJI DI DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF BERTERASKAN PENGUASAAN


MATLAMAT 


PENTADBIRAN YANG TELUS DIBANTU OLEH KOMUNITI YANG ERAT. MELAHIRKAN INSAN YANG BERJAYA DI DALAM SEMUA ASPEK, MENGAMALKAN  NILAI-NILAI POSITIF, BERILMU, BERAKHLAK TERPUJI DEMI KESEJAHTERAAN DUNIAWI DAN UKHRAWI.


PIAGAM PELANGGAN


Kami warga Sekolah Kebangsaan Sendayan dengan penuh tekad dan semangat, berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:
  • Mewujud dan melaksanakan sistem pendidikan terbaik seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 
  • Mempastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
  • Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan, berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat guru sehingga ke taraf dunia.
  • Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa serta penjaga melalui saluran PIBG bagi meningkatkan kemajuan, menjalin perpaduandan hubungan baik sejajar dengan slogan 'MASYARAKAT PENYAYANG'.
  • mempastikan peranan sekolah sebagai sebuah institusi ilmu yang peka dan prihatin  terhadap kehendak pelanggannya (murid, guru, ibubapa, masyarakat dan negara).
  • Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan sebarang kesulitan sama ada dalam P&P dan Kokurikulum.
  • Menjalin hubungan akrab lagi ikram antara sekolah dan masyarakat setempat serta agensi yang berkenaan.
Guru Besar SK Sendayan:
  1. En. Alwi bin Sariban (1964)
  2. En. Zainal Abidin bin Ahmad (1973)
  3. En. Alauddin bin Zainal Abidin (1981)
  4. Tuan Haji Kassim bin Itam (1985)
  5. En. Mustaffa bin Haji Sharif (1987)
  6. En. Baharin bin Sari (Disember 1995)
  7. En. Baharin bin Sharif (1987)
  8. En. Mohd Nor bin Md. Zin (Julai 2000-Sept 2003)
  9. Pn. Siti Mariam binti Bahari (Februari 2003-September 2003)
  10. En. Mahadi bin Haji Majid (September 2003-Disember 2005)
  11. Pn. Hajah Rahmah binti Kassim (Februari 2006-Julai 2007)
  12. En. Baharin bin Haji Mohd sari (2007-Disember 2011)
  13. Pn. Maznah binti Hassan (Disember 2011-?)
* Berdasarkan maklumat pamplet SK Sendayan 2006.

      10 November 2011

      LATAR BELAKANG

      Sk Sendayan terletak di Felda Sendayan. Berada dalam kawasan Bandar Seremban.Ia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Sekolah ini merupakan sekolah katagori FELDA yang pertama di Negeri Sembilan seiring dengan Sekolah LB.Johnson dalam kawasan Labu. Walaupun ia berada dalam kawasan Bandar Seremban, sekolah ini dikatagorikan sebagai sekolah felda dan kedudukannya dikira sebagai luar bandar.

      Bangunan sekolah ini telah dirasmikan pada 08 Mei 1967 oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Terdapat 3 blok bangunan di sini iaitu Blok A, Blok B dan Blok C. Dibina oleh pihak JKR Seremban, Negeri Sembilan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

      Sekolah ini di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban (PPDS). Dewasa ini pembelajaran hanya berlangsung satu sesi sahaja iaitu sebelah pagi. Sumber air datangnya dari bekalan air awam dan mendapat bekalan elaktrik sepenuhnya daripada TNB. Keluasan SK Sendayan ini ialah kira-kira 17 ekar.

      Terdapat dua belas buah bilik darjah yang mengikut pelan bagi tujuan kelas pembelajaran. Ia menempatkan murid-murid dari Tahun 1 hingga Enam. Setiap satu tahap mempunyai dua kelas. SK Sendayan juga menempatkan murid pra-sekolah juga sebanyak dua kelas.

      Untuk rekod, sekolah ini pernah mencatatkan jumlah murid teramai iaitu 750 orang pada awal pembukaannya. Sehingga tahun 2011, jumlah murid sekolah ini iaiah seramai 533 orang berdasarkan rekod Sistem Maklumat Murid (SMM).

      counter
      widgets

      ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI SEJIWA!!

      SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2016.