10 November 2011

LATAR BELAKANG

Sk Sendayan terletak di Felda Sendayan. Berada dalam kawasan Bandar Seremban.Ia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Sekolah ini merupakan sekolah katagori FELDA yang pertama di Negeri Sembilan seiring dengan Sekolah LB.Johnson dalam kawasan Labu. Walaupun ia berada dalam kawasan Bandar Seremban, sekolah ini dikatagorikan sebagai sekolah felda dan kedudukannya dikira sebagai luar bandar.

Bangunan sekolah ini telah dirasmikan pada 08 Mei 1967 oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Terdapat 3 blok bangunan di sini iaitu Blok A, Blok B dan Blok C. Dibina oleh pihak JKR Seremban, Negeri Sembilan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban (PPDS). Dewasa ini pembelajaran hanya berlangsung satu sesi sahaja iaitu sebelah pagi. Sumber air datangnya dari bekalan air awam dan mendapat bekalan elaktrik sepenuhnya daripada TNB. Keluasan SK Sendayan ini ialah kira-kira 17 ekar.

Terdapat dua belas buah bilik darjah yang mengikut pelan bagi tujuan kelas pembelajaran. Ia menempatkan murid-murid dari Tahun 1 hingga Enam. Setiap satu tahap mempunyai dua kelas. SK Sendayan juga menempatkan murid pra-sekolah juga sebanyak dua kelas.

Untuk rekod, sekolah ini pernah mencatatkan jumlah murid teramai iaitu 750 orang pada awal pembukaannya. Sehingga tahun 2011, jumlah murid sekolah ini iaiah seramai 533 orang berdasarkan rekod Sistem Maklumat Murid (SMM).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


counter
widgets

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI SEJIWA!!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2016.