09 November 2012

Kalender Persekolahan Tahun 2013




**Maklumat ini adalah tertakluk kepada perubahan-perubahan oleh pihak-pihak berkenaan.. Sila layari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kepastian.. Harap maklum.

12 October 2012

KURSUS KSSR PJ TAHUN 3

Kursus KSSR PJ  Tahun 3 telah diadakan pada 03 hingga 06 Oktober 2012 iaitu pada hari Rabu hingga Sabtu. Ia bermula jam 8.00 hingga jam 4.30 petang.
















 Gambar-gambar ini telah diambil semasa kursus tersebutmungkin boleh digunakan sebagai panduan semasa pengajaran dan pembelajaran kelak.. terima kasih.

SUKAN TAHUNAN

Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sendayan 2012 telah diadakan pada 07 Oktober 2012 iaitu pada hari Ahad jam 8.30 Pagi... Seperti biasa pasukan yang bertanding terdiri daripada Pasukan Satria, Pasukan Waja dan Pasukan Putera. Untuk edisi kali ini, Pasukan Satria masih mengekalkan kejuaraannya seeperti tahun 2011.. Tahniah kepada semua peserta, guru-guru dan semua AJK PIBG yang terlibat juga kepada En. Mohd Zain yang mewakili PPD untuk Perasmian Pembukaan dan Perasmian Penutup sukan ini..

01 April 2012

Perkhemahan TKRS Untuk Kenaikan Pangkat

Pada 30 Mac hingga 01 April 2012 SK Sendayan telah menghantar Tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan serta seorang guru lelaki untuk mengikuti program Perkhemahan TKRS Zon Seremban 1 yang diadakan di SK Sungai Jai, Mantin bagi tujuan kenaikan pangkat. Semua murid yang berjaya mengikuti perkhemahan tersebut layak untuk memakai pangkat Lans Koperal TKRS. Guru yang berjaya mengikuti perkhemahan tersebut pula layak untuk memakai pangkat Leftenan Muda TKRS.

Senarai Nama Peserta:

Guru:
  1. Leftenan TKRS Ismail bin Mohd
  2..Leftenan Muda TKRS Azhar bin Hashim

Murid Lelaki:
1. Lans Koperal TKRS Muhammad Hafizudeen
2. Lans Koperal TKRS Mohd Najmi Najmuddin
3. Lans Koperal TKRS Mohd Fitri Iskandar

Murid Perempuan:
1. Lans Koperal TKRS Siti Umairah Aisyah
2. Lans Koperal TKRS Nur Nadiah
3. Lans Koperal TKRS Halimah

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Sendayan 2012 telah diadakan pada hari Sabtu 31 Mac 2012.

15 January 2012

SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT MENGHARUNGI CABARAN 2012.

Tahun 2012 terus bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi. Tugas-tugas  telah diberi kepada semua guru dan murid-murid. Cabaran Tahun ini semakin kuat dengan adanya perlaksanaan MBMMBI dan KSSR ditambah lagi dengan Program LINUS dan sebagainya. Anggaplah itu sebgai cabaran.. Bukannya kita tidak biasa dengannya.. Tahun demi tahun cabaran tetap mendatang dan kita berjaya mengharunginya insyaallah.. Kuatkan semangat kita demi agama, bangsa, negara dan khasnya anak didik kita..

Para guru juga telah menandatangani SBPA iaitu sistem saraan baru menggantikan SSM. Ada yang tersenyum lebar, ada yang tersenyum kambing dan tidak kurang juga ada yang mengeluh panjang kerana rasa tidak puas hati. Walaubagaimanapun kita tunggu dan lihat keputusan muktamad pada April ini.. Banyak-banyak bersabar ya cikgu..

Apa yang penting jangan jadikan ianya sebagai penghalang kepada kecemerlangan tugas dan usaha murni kita. Teruskanlah tugas dan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan tulus..

counter
widgets

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI SEJIWA!!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2016.