15 January 2012

SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT MENGHARUNGI CABARAN 2012.

Tahun 2012 terus bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi. Tugas-tugas  telah diberi kepada semua guru dan murid-murid. Cabaran Tahun ini semakin kuat dengan adanya perlaksanaan MBMMBI dan KSSR ditambah lagi dengan Program LINUS dan sebagainya. Anggaplah itu sebgai cabaran.. Bukannya kita tidak biasa dengannya.. Tahun demi tahun cabaran tetap mendatang dan kita berjaya mengharunginya insyaallah.. Kuatkan semangat kita demi agama, bangsa, negara dan khasnya anak didik kita..

Para guru juga telah menandatangani SBPA iaitu sistem saraan baru menggantikan SSM. Ada yang tersenyum lebar, ada yang tersenyum kambing dan tidak kurang juga ada yang mengeluh panjang kerana rasa tidak puas hati. Walaubagaimanapun kita tunggu dan lihat keputusan muktamad pada April ini.. Banyak-banyak bersabar ya cikgu..

Apa yang penting jangan jadikan ianya sebagai penghalang kepada kecemerlangan tugas dan usaha murni kita. Teruskanlah tugas dan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan tulus..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


counter
widgets

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI SEJIWA!!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2016.